http://www.youtube.com/watch?v=Q5eP0TpMiA8
Sunday, 30 March 2014
Terapi Hidro dalam Pendidikan Khas
Hi ! Assalamualaikum...
Hari ni saja nak berkongsi dengan pembaca tentang Terapi Hidro. Ok la, pasti korang pernah dengar kan perkataan terapi hidro. Admin pasti kepada yg memang berkecimpung dalam dunia pendidikan khas pasti sudah tahu apa yg dimaksudkan dengan perkataan ini. Jadi, entry ni admin tulis dan saja nak berkongsi pengetahuan yg admin ada kpd yg x tahu dan x pernah tahu tentang apa itu terapi hidro.
Terapi hidro ni adalah satu pendidikan yg digunakan oleh guru pendidikan khas kpd murid berkeperluan khas untuk mengembalikan dan memulihkan keadaan emosi, fizikal, psikologi, spritual kepada keadaan yang lebih baik. Admin pasti pembaca tahukan, kalau dengar je perkataan murid pendidikan mesti berkaitan dengan orang kelainan upaya. Admin ulang sekali lagi "orang kelainan upaya" dan bukannya orang kekurangan upaya. Kita sebagai manusia mesti hormat kpd murid seperti ini. Kita kena tahu mereka juga adalah manusia biasa sama je seperti kita manusia yg dicipta sempurna dari segi fizikal dan mental. Mereka juga mempunyai perasaan sama seperti kita. Oleh itu, sebagai manusia, terutama ibu bapa, guru Pendidikan Khas dan masyarakat di luar sana, pikul lah tanggungjawab untuk kita bersama-sama memberi pendidikan kpd mereka.
Ok ok.. murid pendidikan khas selalu dikaitkan dengan murid yg mempunyai masalah autisme, sindrom down, ADHD, disleksia, slow learner dan sebagainya. Oleh itu, terapi hidro ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri mereka, meningkatkan keupayaan komunikasi, kawalan kendiri, meningkatkan daya kosentrasi dan sebagainya. Yela, budak-budak kan, kita sedia maklum ada yg takut dengan air dan ada yg sangat suka dengan air. Jd, masa inilah kita nak meningkatkan keyakinan diri diorang. Tambahan lagi dengan keadaan murid yg mempunyai pelbagai kelainan dari segi mental dan fizikal.
Admin berkesempatan terlibat dalam aktiviti ini. Macam-macam ragam admin nampak dan semestinya kena kawal. Ada yg takut, ada yg excited dan semestinya kesian kat sorang murid ni. Memang takut sangat nak masuk dalam kolam. yela admin pun faham, murid spastik comform lah takut kan. Tapi, kita kena juga bagi dia berdepan dengan situasi ini. Biar dia belajar and rasa sendiri. Pastu, alhamdulillah dia dah boleh terima. last2, x nak naik pulak dah. buuuu.... x leh nak main dah. yang penting sekali suka sangat dengan mak dia, sanggup turun sama dalam program ni. Tapi just pandang dari jauh je lar. Bagi moral support untuk anak dia. Walaupun cikgu dok marah (marah2 manja la uolls) anak dia tp dia tetap senyum jer. Dia x ganggu pun keja kitaorang. Sebab dia tau marah menandakan sayang. Marah pun sebab anak dia xda keyakinan diri langsung nak masuk dalam kolam air. Marah ni suma untuk kebaikan anak dia gak kan. Mak dia admin nampak seorang yg sangat faham akan tugas cikgu. Pendek kata, dia adalah seorang ciri mak yg sangat ambik berat la dengan murid bekeperluan khas ni.
Jadi, silah layan gambar sepanjang sesi ini dijalankan. ok
Ok. Sekian..... Thnxs for viewing..
Chill ! :)
Lawatan ke Unit Terapi dan Khidmat Sokongan, UTEKS , UPSI
Entry ni saja nak kongsi tentang lawatan admin ke Unit Terapi dan Khidmat Sokongan, UTEKS, UPSI.
Tujuan lawatan ke UTEKS ni adalah untuk melihat terapi snoozeland yang dijalankan di sana. Semestinya seorang guru pendidikan khas mesti tahu tentang pengendalian terapi ini apatah lagi kami bakal guru yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang ini. Jadi, inilah peluang kami untuk lebih mengenali tentang terapi yang perlu digunakan oleh guru dalam mengajar murid berkeperluan khas.
Alhamdulillah, lawatan kami berjalan dengan lancar. Kami disambut baik oleh warga UTEKS dan di kesempatan ini, admin ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana pihak UTEKS menerima baik kedatangan warga IPG Kampus Ipoh.
Banyak input berkaitan terapi dalam Pendidikan khas yang admin perolehi antaranya adalah berkaitan terapi snoozeland, terapi cara kerja, terapi fisio, dan terapi aroma. Penerangan yang diberikan oleh pihak UTEKS juga amat membantu admin mengenali terapi ini dengan lebih mendalam.
Lupa pulak nak cerita, bilangan admin dan rakan-rakan seperjuangan yang pergi ke UTEKS ni adalah seramai 45 orang. Disebabkan semester ini ada subjek terapi, kami wajib mengadakan lawatan berkaitan terapi di mana-mana organisasi berkaitan. Jadi, UTEKS adalah pilihan kami untuk melihat terapi snoozeland dengan lebih dekat.
Sejujurnya, admin akui bahawa sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke bilik terapi, admin dan rakan-rakan rasa teruja melihat kemudahan yang terdapat di bilik terapi. bayangkan kami sendiri pun dah teruja apatah lagi budak bekeperluan khas. Jadi, di sini nampak dah kebaikan terapi untuk murid bekeperluan khas.
Admin pun tak nak panjangkan cerita takut pembaca bosan pulak kan, Jadi, entry kali ni, admin sertakan gambar rakan-rakan seperjuangan yang kelihatan happy giler menjalankan sesi lawatan ni. hehehe.
Sekian, terima kasih...
Friday, 28 March 2014
Wednesday, 12 February 2014
Terapi Seni dalam Pendidikan Khas
Definisi Seni
Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalani kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh merangkumi seni tari, seni muzik, seni visual, seni lukis, kraftangan, fesyen, dan lain-lain.
Kepentingan Seni
1. Sebagai pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan.
2. Sebagai pengalaman yang berlaku sepanjang hari.
3. Sebagai engalaman universal.
Komponen Pendidikan Seni
a) Seni Visual
- melukis
- membuat rekaan dan corak
- membuat binaan
- menghasilkan kraftangan
Objektif :
- mengembangkan bakat dan kreativiti
- menunjukkan kemahiran kognitif dan psikomotor pelajar
- menilai keindahan alam dan warisan budaya
- Mengenal, membezakan, dan menggunakan warna yang betul
- menghasilkan karya seni yang kreatif
- memberi peluang ke arah pengembangan diri pelajar / kerjaya
Objektif Melukis :
- melakukan kemahiran motor kasar ( melalui aktiviti contengan)
- mengawal pergerakan motor halus ( lakar, tekap, gunting dsb)
- pergerakan motor halus bebas ( koyak, ramas, uli, gentel, gunting dsb)
- menguasai kemahiran melukis ( lukis tanpa alatan di atas meja, udara, pasir)
- menggunakan alatan seni lukis (mengenal dengan melihat, memegang, menama dsb / mengetahui fungsi alatan / membuat lukisan dengan alatan/ mengetahui dan mengubnakan unsur seni / penggunaan pelbagai media dan teknik. )
- menggunakan alatan seni lukis (mengenal dengan melihat, memegang, menama dsb / mengetahui fungsi alatan / membuat lukisan dengan alatan/ mengetahui dan mengubnakan unsur seni / penggunaan pelbagai media dan teknik. )
b) Muzik, Gerakan dan Drama
- melibatkan seni persembahan iaitu nayanyian, permainan alat muzik, pergerakan dan drama
Objektif:
- mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan drama
- mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan
- berkemahiran menggunakan alat muzik
- melakukan gerakan mengikut rentak lagu
- mengenal lagu berdasarkan melodi
- mengawal koordinasi anggota anggota badan
- melakonkan dan menghayati berbagai watak
- mengawal dan mengamalkan tingkah laku yang baik
- membina kemahiran sosial dengan rakan dan orang keliling
Peranan, faktor dan pertimbangan guru dalam mengendalikan pendidikan kesenian.
- bersikap positif terhadap seni
- berpengetahuan dan berkemahiran
- kreatif
- bepengetahuan tentang psikologi kanak-kanak
- berpengetahuan tentang teori pembelajaran
- menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif
- memastikan peralatan dan bahan yang mencukupi
- memastikan murid merasa selamat dan diterima
- membentuk dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kerjasama dan perkongsian
- menadakan peluang untuk interaksi antara murid
- mewujudkan iklim kreativiti dan ekspresi
RASIONAL PENDIDIKAN KESENIAAN UNTUK KANAK-KANAK KHAS
1. Kanak-kanak khas dilahirkan sebagai insan seni, ada potensi, Howard Gardner(1983)
2. Mereka berhak menerima PSV – diberi peluang
3. PSV sebagai alat yang digunakan utk perkembangan diri
4. Sebagai alat utk capai FPK
5. Membantu memudah cara / menggalakkan menyampaikan kehendak. Dalam kumpulan normal mungkin tak boleh. Tapi dalam kumpulan yang sama mungkin dia boleh melalui aktiviti seni yang melibatkan kerjasama, keyakinan dsb.
6. Membantu membuat ekpresi disebabkan kesukaran ekpresi dalam keadaan normal. Co. Knk bermasalah pertuturan akan ekpreskan keinginan, kehendak, keseronokan, tenaga, emosi mereka melalui seni. Mereka tak malu
Pengajaran dan Pembelajaran Seni
Bidang Pengurusan Kehidupan
- komponen pengurusan diri
- komponen kemahiran manipulatif
- komponen pengurusan tingkah laku
- komponen kemahiran hidup
Bidang Akademik berfungsi
- komponen Bahasa Melayu
- komponen Matematik
- komponen Bahasa Inggeris
- Komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni
- komponen Pendidikan Agama Islam
- Komponen Pendidikan Moral
Bidang Riadah dan Kreativiti
- Komponen Pendidikan Jasmani
- Komponen Pendidikan Seni
- Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama
- Komponen Pendidikan sains, Sosial dan Alam Sekitar
Fungsi Seni Dalam Pendidikan
1. Alat membantu perkembangan kanak-kanak.
2. Menggalakkan perkembangan fizikal, mental, estatik.
3. Menyumbang kepuasan diri.
4. Meningkatkan imaginasi kreatif.
5. Menyelesaikan masalah
6. Menekankan pemikiran yang asli, pelaksanaan, dan penilaian.
7. Menyumbang kepada perkembangan personaliti.
Definisi Terapi Seni
Menurut Waller dan Gilroy (1992), terapi seni didefinisikan sebagai
”a form of therapy in which the making of visual images in the presence of a qualified art therapist contributes toward externalization of thoughts and feelings which may otherwise remain unexpressed. The images may have a diagnostic as well as a therapeutic function in that they provide the patient and the therapist with a visible record of the session and give indicators for further treatment”.
Teknik Seni Visual
1. Lukisan
2. Kolaj
3. Mozek
4. Gurisan
5. Anyaman
6. Capan
7. Cetakan
8. Tiupan
9. Jahitan
10. Papier Mache
11. Model
12. Origami
13. Catan
14. Tekapan
Kefahaman Kemahiran Seni Visual Kepada Murid-Murid
Guru boleh memberi kefahaman murid melalui cara:
1. Tunjuk ajar.
2. Lawatan.
3. Simulasi
4. Membuat sendiri.
5. Contoh-contoh.
6. Perbincangan.
7. Menonton video.
8. Penggunaan ICT.
Masalah Yang Dihadapi Oleh Murid Bermasalah Pembelajaran Seni Visual
Antara masalah-masalah tersebut ialah:
1. Pengamatan
2. Kordinasi motor kasar dan motor halus.
3. Komunikasi.
4. Sosialisasi
5. Imaginasi
6. Pemahaman konsep
Kepentingan Seni Visual Kepada Murid
Antara kepentingan-kepentingan tersebut ialah:
1. Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar.
2. Meluahkan perasaan.
3. Menikmati keseronokan menjalani aktiviti.
4. Menguatkan daya imaginasi.
5. Menguatkan motor kasar dan motor halus.
6. Memperkembangkan bakat.
7. Menghayati nilai seni.
Sekian, thanks for reading this entry. =)
Sekian, thanks for reading this entry. =)
Terapi Fisio dalam Pendidikan Khas
Terapi fisio dan terapi cara kerja ialah salah satu cara yang dapat membantu murid pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran. Di bawah ini menerangkan mengenai apa yang dimaksudkan pergerakan kreatif dan drama tersebut.
Definisi Fisio
Definisi terapi fisio atau terapi fizikal berdasarkan kamus perubatan Mosby (2001) ialah rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorag individu dengan menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah seperti berikut:
1. Mengurut.
2. Manipulasi.
3. Latihan teraputik
4. Penyejukan dan pemanasan
5. Terapi hidro.
6. Ransangan menggunakan elektrik.
7. Ransangan menggunakan cahaya.
Aktiviti Fisio
Aktiviti fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran dan boleh diperolehi di pusat-pusat perubatan. Namun demikian, terapi fisio yang mudah masih boleh dilaksanakan berdasarkan masalah pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah:
1. Mengurut.
2. Mencubit.
3. Menguli.
4. Mengoyak.
5. Menggentel.
6. Menggunting.
7. Mencabut.
8. Menggenggam.
9. Menggaru.
10. Memicit.
11. Merenyuk
Latihan yang berpusatkan psikomotor kasar:
1. Melambung.
2. Membaling.
3. Menyambut.
4. Menolak.
5. Menarik
6. Melompat.
7. Menendang.
8. Memukul.
9. Berlari.
10. Berjalan.
Latihan imbangan:
1. Berdiri di atas kerusi.
2. Berjalan di atas tali
3. Membawa buku di atas kepala
4. Membawa bola ping pong dengan sudu.
5. Berdiri sebelah kaki.
Latihan kordinasi:
1. Melambung dan menyambung bola berbagai saiz
2. Memasukkan jarum ke dalam lubang manik.
Rawatan kebiasaan yang ditawarkan
1. Terapi senaman.
2. Perawatan elektrofizikal.
3. Shortwave diactomy, Interferrential therapy, TENS, Ultrasounds, Hot packs dan lain-lain.
4. Teknik-teknik khas contoh; mobilisasi sendi.
Sekian, Thanks for reading =)
Sekian, Thanks for reading =)
Terapi dalam Pendidikan Khas
Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.
Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor.
Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.
Jenis-Jenis Terapi
Antara jenis-jenis terapi yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran ialah:
1. Terapi fisio dan terapi cara kerja.
2. Terapi seni.
3. Terapi berkuda.
4. Terapi pasir.
5. Terapi muzik dan nyayian.
6. Pergerakan kreatif dan drama.
7. Terapi Hidro (Air)
8. Terapi alternatif :
-Terapi aroma
-Terapi herba
-Terapi ozon
-Tetapi floortime
-Terapi pasir
-Terapi haiwan
-Terapi snoozeland
9. Terapi pertuturan
Thanks for reading ;))
Thanks for reading ;))
Subscribe to:
Posts (Atom)