Definisi Seni
Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalani kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh merangkumi seni tari, seni muzik, seni visual, seni lukis, kraftangan, fesyen, dan lain-lain.
Kepentingan Seni
1. Sebagai pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan.
2. Sebagai pengalaman yang berlaku sepanjang hari.
3. Sebagai engalaman universal.
Komponen Pendidikan Seni
a) Seni Visual
- melukis
- membuat rekaan dan corak
- membuat binaan
- menghasilkan kraftangan
Objektif :
- mengembangkan bakat dan kreativiti
- menunjukkan kemahiran kognitif dan psikomotor pelajar
- menilai keindahan alam dan warisan budaya
- Mengenal, membezakan, dan menggunakan warna yang betul
- menghasilkan karya seni yang kreatif
- memberi peluang ke arah pengembangan diri pelajar / kerjaya
Objektif Melukis :
- melakukan kemahiran motor kasar ( melalui aktiviti contengan)
- mengawal pergerakan motor halus ( lakar, tekap, gunting dsb)
- pergerakan motor halus bebas ( koyak, ramas, uli, gentel, gunting dsb)
- menguasai kemahiran melukis ( lukis tanpa alatan di atas meja, udara, pasir)
- menggunakan alatan seni lukis (mengenal dengan melihat, memegang, menama dsb / mengetahui fungsi alatan / membuat lukisan dengan alatan/ mengetahui dan mengubnakan unsur seni / penggunaan pelbagai media dan teknik. )
- menggunakan alatan seni lukis (mengenal dengan melihat, memegang, menama dsb / mengetahui fungsi alatan / membuat lukisan dengan alatan/ mengetahui dan mengubnakan unsur seni / penggunaan pelbagai media dan teknik. )
b) Muzik, Gerakan dan Drama
- melibatkan seni persembahan iaitu nayanyian, permainan alat muzik, pergerakan dan drama
Objektif:
- mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan drama
- mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan
- berkemahiran menggunakan alat muzik
- melakukan gerakan mengikut rentak lagu
- mengenal lagu berdasarkan melodi
- mengawal koordinasi anggota anggota badan
- melakonkan dan menghayati berbagai watak
- mengawal dan mengamalkan tingkah laku yang baik
- membina kemahiran sosial dengan rakan dan orang keliling
Peranan, faktor dan pertimbangan guru dalam mengendalikan pendidikan kesenian.
- bersikap positif terhadap seni
- berpengetahuan dan berkemahiran
- kreatif
- bepengetahuan tentang psikologi kanak-kanak
- berpengetahuan tentang teori pembelajaran
- menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif
- memastikan peralatan dan bahan yang mencukupi
- memastikan murid merasa selamat dan diterima
- membentuk dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kerjasama dan perkongsian
- menadakan peluang untuk interaksi antara murid
- mewujudkan iklim kreativiti dan ekspresi
RASIONAL PENDIDIKAN KESENIAAN UNTUK KANAK-KANAK KHAS
1. Kanak-kanak khas dilahirkan sebagai insan seni, ada potensi, Howard Gardner(1983)
2. Mereka berhak menerima PSV – diberi peluang
3. PSV sebagai alat yang digunakan utk perkembangan diri
4. Sebagai alat utk capai FPK
5. Membantu memudah cara / menggalakkan menyampaikan kehendak. Dalam kumpulan normal mungkin tak boleh. Tapi dalam kumpulan yang sama mungkin dia boleh melalui aktiviti seni yang melibatkan kerjasama, keyakinan dsb.
6. Membantu membuat ekpresi disebabkan kesukaran ekpresi dalam keadaan normal. Co. Knk bermasalah pertuturan akan ekpreskan keinginan, kehendak, keseronokan, tenaga, emosi mereka melalui seni. Mereka tak malu
Pengajaran dan Pembelajaran Seni
Bidang Pengurusan Kehidupan
- komponen pengurusan diri
- komponen kemahiran manipulatif
- komponen pengurusan tingkah laku
- komponen kemahiran hidup
Bidang Akademik berfungsi
- komponen Bahasa Melayu
- komponen Matematik
- komponen Bahasa Inggeris
- Komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni
- komponen Pendidikan Agama Islam
- Komponen Pendidikan Moral
Bidang Riadah dan Kreativiti
- Komponen Pendidikan Jasmani
- Komponen Pendidikan Seni
- Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama
- Komponen Pendidikan sains, Sosial dan Alam Sekitar
Fungsi Seni Dalam Pendidikan
1. Alat membantu perkembangan kanak-kanak.
2. Menggalakkan perkembangan fizikal, mental, estatik.
3. Menyumbang kepuasan diri.
4. Meningkatkan imaginasi kreatif.
5. Menyelesaikan masalah
6. Menekankan pemikiran yang asli, pelaksanaan, dan penilaian.
7. Menyumbang kepada perkembangan personaliti.
Definisi Terapi Seni
Menurut Waller dan Gilroy (1992), terapi seni didefinisikan sebagai
”a form of therapy in which the making of visual images in the presence of a qualified art therapist contributes toward externalization of thoughts and feelings which may otherwise remain unexpressed. The images may have a diagnostic as well as a therapeutic function in that they provide the patient and the therapist with a visible record of the session and give indicators for further treatment”.
Teknik Seni Visual
1. Lukisan
2. Kolaj
3. Mozek
4. Gurisan
5. Anyaman
6. Capan
7. Cetakan
8. Tiupan
9. Jahitan
10. Papier Mache
11. Model
12. Origami
13. Catan
14. Tekapan
Kefahaman Kemahiran Seni Visual Kepada Murid-Murid
Guru boleh memberi kefahaman murid melalui cara:
1. Tunjuk ajar.
2. Lawatan.
3. Simulasi
4. Membuat sendiri.
5. Contoh-contoh.
6. Perbincangan.
7. Menonton video.
8. Penggunaan ICT.
Masalah Yang Dihadapi Oleh Murid Bermasalah Pembelajaran Seni Visual
Antara masalah-masalah tersebut ialah:
1. Pengamatan
2. Kordinasi motor kasar dan motor halus.
3. Komunikasi.
4. Sosialisasi
5. Imaginasi
6. Pemahaman konsep
Kepentingan Seni Visual Kepada Murid
Antara kepentingan-kepentingan tersebut ialah:
1. Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar.
2. Meluahkan perasaan.
3. Menikmati keseronokan menjalani aktiviti.
4. Menguatkan daya imaginasi.
5. Menguatkan motor kasar dan motor halus.
6. Memperkembangkan bakat.
7. Menghayati nilai seni.
Sekian, thanks for reading this entry. =)
Sekian, thanks for reading this entry. =)
0 comments:
Post a Comment