Sunday, 30 March 2014

Terapi Hidro dalam Pendidikan Khas

Hi ! Assalamualaikum...


Hari ni saja nak berkongsi dengan pembaca tentang Terapi Hidro. Ok la, pasti korang pernah dengar kan perkataan terapi hidro. Admin pasti kepada yg memang berkecimpung dalam dunia pendidikan khas pasti sudah tahu apa yg dimaksudkan dengan perkataan ini. Jadi, entry ni admin tulis dan saja nak berkongsi pengetahuan yg admin ada kpd yg x tahu dan x pernah tahu tentang apa itu terapi hidro.
Terapi hidro ni adalah satu pendidikan yg digunakan oleh guru pendidikan khas kpd murid berkeperluan khas untuk mengembalikan dan memulihkan keadaan emosi, fizikal, psikologi, spritual kepada keadaan yang lebih baik. Admin pasti pembaca tahukan, kalau dengar je perkataan murid pendidikan mesti berkaitan dengan orang kelainan upaya. Admin ulang sekali lagi "orang kelainan upaya" dan bukannya orang kekurangan upaya. Kita sebagai manusia mesti hormat kpd murid seperti ini. Kita kena tahu mereka juga adalah manusia biasa sama je seperti kita manusia yg dicipta sempurna dari segi fizikal dan mental. Mereka juga mempunyai perasaan sama seperti kita. Oleh itu, sebagai manusia, terutama ibu bapa, guru Pendidikan Khas dan masyarakat di luar sana, pikul lah tanggungjawab untuk kita bersama-sama memberi pendidikan kpd mereka. 

Ok ok.. murid pendidikan khas selalu dikaitkan dengan murid yg mempunyai masalah autisme, sindrom down, ADHD, disleksia, slow learner dan sebagainya. Oleh itu, terapi hidro ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri mereka, meningkatkan keupayaan komunikasi, kawalan kendiri, meningkatkan daya kosentrasi dan sebagainya. Yela, budak-budak kan, kita sedia maklum ada yg takut dengan air dan ada yg sangat suka dengan air. Jd, masa inilah kita nak meningkatkan keyakinan diri diorang. Tambahan lagi dengan keadaan murid yg mempunyai pelbagai kelainan dari segi mental dan fizikal.

Admin berkesempatan terlibat dalam aktiviti ini. Macam-macam ragam admin nampak dan semestinya kena kawal. Ada yg takut, ada yg excited dan semestinya kesian kat sorang murid ni. Memang takut sangat nak masuk dalam kolam. yela admin pun faham, murid spastik comform lah takut kan. Tapi, kita kena juga bagi dia berdepan dengan situasi ini. Biar dia belajar and rasa sendiri. Pastu, alhamdulillah dia dah boleh terima. last2, x nak naik pulak dah. buuuu.... x leh nak main dah. yang penting sekali suka sangat dengan mak dia, sanggup turun sama dalam program ni. Tapi just pandang dari jauh je lar. Bagi moral support untuk anak dia. Walaupun cikgu dok marah (marah2 manja la uolls) anak dia tp dia tetap senyum jer. Dia x ganggu pun keja kitaorang. Sebab dia tau marah menandakan sayang. Marah pun sebab anak dia xda keyakinan diri langsung nak masuk dalam kolam air. Marah ni suma untuk kebaikan anak dia gak kan. Mak dia admin nampak seorang yg sangat faham akan tugas cikgu. Pendek kata, dia adalah seorang ciri mak yg sangat ambik berat la dengan murid bekeperluan khas ni.

Jadi, silah layan gambar sepanjang sesi ini dijalankan. ok























Ok. Sekian..... Thnxs for viewing..
Chill ! :)

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll